Wednesday, 20 October 2010

Rawatan Dalam Islam-Doa Segala Penawar


Doa adalah senjata bagi orang beriman. Bagi kita orang Islam, doa adalah perkara yang tidak dapat kita lupakan. Lagi2 bagi mereka yang dalam kususahan. Dan bagi mereka yang sakit ta sembuh2, cubalah berdoa dengan doa diatas. Yang penting keyakinan kita kpd Allah bahawa Dia-lah yang menyembuh segala penyakit. Yang plh penting juga adalah keikhlasan kita dalam penyerahan kepada Allah SWT.

Saturday, 16 October 2010

Doa ketika dalam kesulitan


Islam adalah agama yang memimpin umat ke jalan yang sejahtera. Islam bukan sahaja agama yang menguji tahap keimanan umatnya dengan ujian dan dugaan yang perit dan menyakitkan. Islam datang bersama penawar kesulitan. semua ini adalah untuk mendekatkan lagi diri hamba dengan pencipta.

Perubatan Islam- Cara merawat Demam

" Sesungguhnaya demam panas itu adalah berasal daripada percikan api neraka, maka dinginkanlah dengan air." (HR Bukhari & Muslim)

Dalam kitab Hilyatul Awliya', Al-Imam abu Nuaim Al-Asfahani meiwayatkan satu hadith yg berbunyi: " Jika salah seorang di antara kamu ditimpa demam, maka hendaklah disiramnya dengan air tiga malam di waktu dini hari.

Dalam Sunan Ibnu Majah, Hadith daripada Abu Hurairah: " Demm itu adalah bunga neraka, maka singkirkanlah ia dari diri kamu dengan air dingin."

Terdapat banyak lagi hadith berkaitan dengan demam ini. Jadi, air adalah medium yang terbaik untuk masalah demam disamping doa dan rukyah yang dibenarkan syarak.

Wednesday, 7 April 2010

Sihir Pemisah

Sihir ini bertujuan untuk memisahkan seseorang dengan yang lain, terutamanya suami isteri atau tunangan.

Kesan:
1) Berubahnya sesuatu keadaan tertentu secara serta merta seperti rasa kasih sayang kepada kemarahan dan kebencian.

2) Timbul perasaan syak dan sangka buruk di antara kedua pihak secara tiba-tiba.

3) Tiada perasaan timbang rasa.

4) Memperbesarkan isu pertikaian yang kecil.

5) Berlaku perubahan pada penglihatan sebenar, Contoh: suami lihat wajah isteri hodoh, walaupun hakikatnya isterinya cantik. begitu jua sebaliknya. Syaitan telah menukar wajah yang cantik kepada wajah hodoh. Kadangkala isteri memandang wajah suami sangat menakutkan.

Al-Hafiz ibnu Kathir rahimahullah berpendapat:
"Tujuan berlakunya sihir pemisahan terhadap suami isteri ialah untuk memukau mereka agar memandang wajah pasangan masing--masing dalam keadaan hodoh dan menakutkan atau apa-apa yang boleh memecah belahkan rumahtangga mereka.