Thursday, 8 October 2009

Doa Segala Penawar


Doa penawar adalah doa yang mujarab untuk digunakan oleh orang awam kerana ianya pendek dn mudah untuk dihafal. Ianya juga disebut sebagai BISMILLAH LIMA.

Sunday, 25 January 2009

CINTA JIN DAN MANUSIA

Kaum jin menjalani hidup seperti manusia, ada cinta dan kasih sayang, ada benci dan hasad dengki yang membawa kepada pada pertengkaran serta permusuhan antara kelompok dan kekeluargaan mereka. Malah melarat hingga antara kota dengan kota dan antara negara dengan negara yang lain iaitu wilayah pemerintahan jin.

Buku “Dialog Dengan Jin Muslim” oleh Muhammad Isa Dawud menceritakan juga bahawa kaum jin seperti juga manusia yang amat menjaga kehormatan dan moral kaum wanitanya. Lelaki jin yang ingin berkahwin mengutamakan wanita jin yang mempunyai dara dan dara ini pula mesti dibuktikan di malam pertama pengantin. Menjadi masalah besar antara pengantin lelaki dan wanita sekiranya tidak terbukti mempunyai dara. Ini boleh memungkinkan pengantin lelaki meninggalkan pengantin perempuan buat selama-lamanya. Bercerai? Tidak dijelaskan.

Manusia membuktikan adanya dara pengantin wanita melalui kain putih yang dihampar di tempat pengantin pada malam pertama. Jika kain putih itu mempunyai kesan darah, bererti sahlah penganting wanita itu masih dara. Persetubuhan jin lelaki dan wanita disebut sebagai sama caranya dengan manusia. Bezanya tubuh mereka jauh lebih kecil tetapi mereka boleh maencapai puncak keasyikan seperti manusia juga. Perasaan dan emosi mereka tidak jauh berbeza dengan manusia.

Jin wanita seperti juga wanita manusia, ada yang menjalani hidup seperti pelacur. Mereka melacurkan dirinya tetapi tidak dijelaskan untuk apa. Wanita manusia melacur untuk wang. Kaum jin lazimnya berkahwin dalam usia 170 atau 180 tahun tetapi ada yang berkahwin pada usia 200 hingga 250 tahun iaitu bersamaan 40 tahun umur manusia. Mereka seperti juga manusia hamil dan melahirkan anak. Mereka mengandung hingga 15 bulan lamanya. Kandungan mereka lebih berat dan juga menyusui bayi baru lahir untuk tempoh yang cukup-cukup lama. Bayi jin bergolek tanpa bergerak dan bersuara.

Jin mempunyai 7 hingga 9 janin dan dia boleh melahirkan bayi kembar 12. Bayi-bayi itu apabila membesar, mereka juga akan belajar hingga ke pengajian tinggi (perguruan) seperti manusia tetapi dengan suasana penghidupan jin.

Allah SWT berfirman :

Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya, Dia menjadikan pasangan-pasangan dari jenismu agar kamu tenang bersamanya dan Dia menjadikan menjadikan di antaramu cinta dan kasih sayang”.

Manusia dan jin memiliki watak yang berbeza tetapi banyak peristiwa yang mendukung terjadinya perkahwinan antara jin dan manusia. Ada cerita yang mengesahkan Bilqis lahir dari perkahwinan manusia dan jin. Jin muslim bagaimanapun menegaskan, perkahwinan manusia dan jin tidak berlaku melainkan ketika jin menampakkan dirinya dalam bentuk manusia tetapi ini jarang terjadi, kalau terjadipun ia semacam dongeng.

“Kalau ada perkahwinan menyimpang seperti itu, ia tidak akan berlaku kehamilan”, tegas jin muslim itu. Menurutnya, sperma jin tidak sama dengan sperma manusia. Rahim jin juga bukan seperti rahim manusia.

Jin atau syaitan boleh menzinai manusia bila lelaki manusia yang mencampuri isterinya tanpa menyebut nama Allah. Kalau nak menghindarkan dari jin atau syaitan menzinai isteri kita, semasa hendak melakukan persetubuhan dengan isteri, hendaklah membaca ayat yang bermaksud :

“Bismillah, Ya Allah, jauhilah kami dari syaitan-syaitan dan jauhkanlah syaitan-syaitan dari apa yang Engkau anugerahkan kepada kami”.

Sebabnya kalau tidak membaca doa tersebut, kemungkinan ada syaitan atau jin perosak yang hadir saat itu dan kemudian ikut melakukan persetubuhan, bahkan bisa mengeluarkan maninya bersama mani lelaki tersebut. Malah tidak kurang juga jin dan syaitan menampakkan dirinya pada wanita-wanita yang lalai berzikir dan bertakwa kepada Allah dalam bentuk rupa suaminya lalu menggaulinya dan meninggalkan maninya dalam kelamin wanita itu. “Jika mani jin itu cukup banyak maka ia bisa merosakkan mani lelaki. Akibatnya terjadilah keguguran”, jelas jin Muslim itu.

Ada jin lelaki menceritakan kepadanya (jin Muslim) bahawa dia telah merosakkan kehamilan seorang wanita sebanyak 4 kali. Jin Muslim itu menyebut nama wanita berkenaan dan dari mana dia berasal. Kesimpulannya, dari penjelasan jin Muslim itu membawa pengertian bahawa “perzinaan” jin atau syaitan terhadap wanita manusia biasa bisa terjadi kerana kelalaian wanita itu sendiri dalam memelihara dirinya.

Apa itu jin?

BERIMAN KEPADA YANG GHAIB


Beriman kepada yang ghaib adalah termasuk salah satu asas dari akidah Islam, bahkan ianya merupakan sifat yang pertama dan utama yang dimiliki oleh Allah S.W.T. Justeru itu, bagi setiap orang Muslim, mereka wajib beriman kepada yang ghaib, tanpa sedikitpun ada rasa ragu. Dalam perkara ini Ibn Mas'ud mengatakan: Yang dimaksudkan dengan yang ghaib itu ialah segala apa saja yang ghaib dari kita dan perkara itu diberitahukan oleh Allah dan Rasul-Nya. Begitu juga jin. Jin termasuk makhluk ghaib yang wajib kita imani, kerana banyak ayat-ayat Al-Qur'an dan Hadis Nabi yang menerangkan tentang wujudnya.
Walaupun jin itu tidak dapat dilihat, maka bukanlah bererti ia tidak ada. Sebab berapa banyaknya sesuatu yang tidak dapat kita lihat di dunia ini, akan tetapi benda itu ada. Angin misalnya, kita tidak dapat melihatnya, tetapi hembusannya dapat kita rasakan. Begitu juga roh yang merupakan hakikat dari kehidupan kita, kita tidak dapat melihatnya serta tidak dapat mengetahui tentang hakikatnya akan tetapi kita tetap meyakini wujudnya.


APAKAH ITU JIN?
Jin adalah nama jenis, bentuk tunggalnya adalah Jiniy ( dalam bahasa arab dahulu kala, dan Genie dalam bahasa Inggeris ) yang ertinya "yang tersembunyi" atau "yang tertutup" atau "yang tak terlihat". Hal itulah yang memungkinkan kita mengaitkannya dengan sifat yang umum "alam tersembunyi", sekalipun akidah Islam memaksudkannya dengan makhluk-makhluk berakal, berkehendak, sedar dan punya kewajipan, berjasad halus and hidup bersama-sama kita di bumi ini. Dalam sebuah hadith dari Abu Tha'labah yang bermaksud : "Jin itu ada tiga jenis iaitu : Jenis yang mempunyai sayap dan terbang di udara, Jenis ular dan jengking dan Jenis yang menetap dan berpindah-pindah."

AWAL PENCIPTAAN JIN
Allah S.W.T. menciptakan jin sebelum menciptakan manusia, dengan selisih waktu yang lama bila dikiaskan pada manusia mahupun jin sendiri. Allah S.W.T. berfirman ( maksudnya ) : "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah liat kering ( yang berasal ) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami telah menciptakan jin, sebelum itu dari api yang sangat panas. ( Surah Al-Hijr: 26-27 ).

BAGAIMANA JIN DAN SYAITAN HIDUP
Jin adalah makhluk yang sangat banyak sekali penduduknya, boleh dikatakan sama bilangan penduduk bumi sebanyak 5 bilion. Jarang ada suatu tempat di bumi ini yang tidak diduduki oleh jin, baik di daratan, lautan mahupun udara. Dunia mereka seperti dunia kita : Ada negara, kerajaan, berbagai bangsa & kabilah, penguasa dan rakyat jerata. Agama mereka pun tidak berbeza dengan agama manusia. Diantara mereka, alhamdulillah, ada yang Muslim dan memperoleh hidayah dari Allah S.W.T. Yang lain, beragama Masehi, Hindu, Buddha, penyembah berhala dan penganut ajaran komunis.

TEMPAT TINGGAL JIN
Makhluk jin lebih mengutamakan untuk tinggal di tempat-tempat yang sunyi dan sepi dari manusia seperti di padang pasir. Ada yang tinggal di tempat-tempat kotor seperti di tempat pembuangan sampah kerana mereka memakan makanan lebihan manusia.Ada juga mereka yang tinggal bersama manusia iaitu di dalam rumah. Abu Bakar bin Ubaid meriwayatkan: "Pada setiap rumah kaum muslimin ada jin Islam yang tinggal di atapnya, setiap kali makanan diletakkan, maka mereka turun dan makan bersama penghuni rumah."
Jin juga menjadikan tandas sebagai tempat tinggalnya. Rasullullah s.a.w. telah bersabda: "Sesungguhnya pada tiap-tiap tempat pembuangan kotoran ada didatangi jin, kerana itu bila salah seorang kamu datang ke tandas maka hendaklah ia mengucapkan doa: " Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadamu dari jin lelaki dan perempuan" (HR. Abu Dawud)
Jin juga sangat suka tinggal di lubang-lubang. Oleh kerana itu dalam sebuah hadis dijelaskan yang maksudnya: "Janganlah kamu kencing dilubang."(HR. An-Nas'i)

KERAJAAN IBLIS
Iblis mempunyai kerajaan yang sangat besar. Ada menteri-menteri, pemerintahan dan pejabat-pejabat. Iblis juga mempunyai wakil-wakil, lima di antaranya wajid diwaspadai :
Yang pertama, menurut kalangan Jin, bernama Tsabar. Dia selalu mendatangi orang yang sedang kesusahan atau ditimpa musibah, baik kematian isteri, anak ataupun kaum kerabat. Kemudian dia melancarkan bisikannya dan menyatakan permusuhannya kepada Allah. Diucapkannya, melalui mulut orang yang ditimpa musibah itu, keluh-kesah and caci-maki terhadap ketentuan Allah atas dirinya.
Yang kedua, namanya ialah Dasim. Syaitan inilah yang selalu berusaha dengan sekuat tenaganya untuk mencerai-beraikan ikatan perkahwinan, membuat rasa benci antara satu sama lain di kalangan suami-isteri, sehingga menjadi penceraian. Dia adalah anak kesayangan Iblis di wilayah kerajaannya yang sangat besar.
Yang ketiga, namanya ialah Al-A'war. Dia dan seluruh penghuni kerajaannya, adalah pakar-pakar dalam urusan mempermudah terjadinya perzinaan. Anak-anaknya menghiaskan indah bahagian bawah tubuh kaum wanita ketika mereka keluar rumah, khususnya kaum wanita masa kini, betul-betul menggembirakan Iblis di kerajaan yang besar. Segala persoalan yang menyangkut keruntuhan moral dan perzinahan berurusan dengan pejabat besar mereka.
Yang keempat, namanya ialah Maswath, pakar dalam menciptakan kebohongan-kebohongan besar mahupun kecil. Bahkan kejahatan yang dia dan anak-anaknya lakukan sampai pada tingkat dia memperlihatkan diri dalam bentuk seseorang yang duduk dalam suatu pertemuan yang disenggarakan oleh manusia, lalu menyebarkan kebohongan yang pada gilirannya disebarkan pula oleh manusia.
Yang kelima, namanya ialah Zalnabur. Syaitan yang satu ini berkeliaran di pasar-pasar di seluruh penjuru dunia. Merekalah yang menyebabkan pertengkaran, caci-maki, perselisihan dan bunuh-membunuh sesama manusia.
Untuk menghindarinya hendaklah mengucapkan :
Aku berlindung kepada Allah dari gangguan syaitan, ( ** Sebutkan namanya : Tsarbar / Dasim / Al-A'war / Maswath / Zalnabur ) yang terkutuk, serta pengikut-pengikut dan anak-anaknya.
Menurut buku Asy-Syibli meriwayatkan sebuah riwayat dari Zaid bin Mujahid yang mengatakan bahawa, "Iblis mempunyai lima anak, yang masing-masing diserahkan urusan-urusan tertentu. Kemudian dia memberi nama masing-masing anaknya : Tsabar, Dasim, Al-A'war, Maswath dan Zalnabur."

KUMPULAN-KUMPULAN JIN
Jin juga seperti manusia yang inginkan nama dan keturunan dan hidup berpuak-puak. Puak dan kumpulan jin terlalu banyak dan bercakap dalam berbagai-bagai loghat dan bahasa. Ada sesetengah ulama membahagikan Jin kepada beberapa kumpulan, antaranya ialah :-

Kumpulan yang menunggu kubur
Kumpulan yang menunggu gua
Kumpulan yang menunggu mayat
Kumpulan yang menunggu air mata air
Kumpulan yang menunggu tasek, kolam, telok, kuala, pulau dan sebagainya.

PEMIMPIN-PEMINPIN JIN
Jin juga mempunyai pemimpin dan kerajaannya tersendiri. Antaranya ialah :-
Raja Jin Alam bawah yang kafir ialah seperti Mazhab, Marrah, Ahmar, Burkhan, Syamhurash, Zubai'ah dan Maimon.
Empat Raja Jin Ifrit ( Jin yang paling jahat ) yang mempunyai kerajaan yang besar yang menjadi menteri kepada Nabi Allah Sulaiman a.s. ialah seperti Thamrith, Munaliq, Hadlabaajin dan Shughal.
Raja Jin Alam atas yang Islam pula ialah Rukiyaail, Jibriyaail, Samsamaali, Mikiyaail, Sarifiyaali, 'Ainyaail dan Kasfiyaail.
Raja Jin yang menguasai segala Jin tersebut bernama THOTHAMGHI YAM TA LI. Manakala Malaikat yang mengawal kesemua Jin-Jin di atas bernama Maithotorun yang bergelar QUTBUL JALALAH.

JENIS-JENIS JIN
Iblis bapa dan pujaan kepada semua jenis Jin, Iblis dan Syaitan.
Asy-Syaitan - Syaitan-Syaitan
Al-Maraddah - Peragu-peragu ( was-was )
Al-Afrit - Penipu-penipu
Al-A'waan - Pelayan-pelayan
Al-Tayaaruun - Penerbang-penerbang
Al-Ghawwaasuun - Penyelam-penyelam
At-Tawaabi - Pengikut-pengikut ( pengekor )
Al-Qurana - Pengawan-pengawan
Al-Ummaar - Pemakmur.

ANAK2 IBLIS YANG MEMPUNYAI KERAJAAN YANG BESAR
Thubar - Merasuk manusia yang ditimpa musibah dan bala.
Daasim - Merasuk manusia untuk menceraikan ikatan siratulrahim, rumahtangga, keluarga sahabat-handai, jemaah dan sebagainya.
Al-'Awar - Merasuk manusia supaya meruntuhkan akhlak, berzina, minum arak, liwat, berjudi dan sebagainya.
Zalanbuur - Merasuk manusia dengan api permusuhan dan pembunuhan.

GELARAN-GELARAN JIN DALAM ISTILAH ORANG MELAYU
Jin menurut orang-orang Melayu mempunyai beberapa nama dan gelaran menurut perwatakan dan rupa bentuk penjelmaan mereka. Kebanyakan nama Jin-Jin itu dimulai dengan hantu. Hantu-hantu tersebut sebenarnya adalah terdiri daripada golongan Jin, cuma di kalangan orang Melayu, menganggap hantu itu adalah makhluk yang berbeza daripada Jin. Antara Jin-Jin yang popular di kalangan masyarakat Melayu ialah :-
(a.) - Hantu Raya
(b.) - Hantu Toyol
(c.) - Hantu Pelesit
(d.) - Hantu Kubur
(e.) - Hantu Jerangkung
(f.) - Hantu Galah
(g.) - Hantu bungkus
(h.) - Hantu Bidai
(i.) - Harimau Jadian
(j.) - Hantu Pontianak
(k.) - Hantu Langsuir
(l.) - Hantu Air
(m.) - Hantu Pari
(n.) - Hantu Laut
(o.) - Jin Tanah
(p.) - Hantu Pochong
(q.) - Hantu Pari-Pari
(r.) - Jembalang Tanah
(s.) - Hantu Polong
(t.) - Harimau Penanggal
(u.) - Hantu Bukit
(v.) - Hantu Punjut
(w.) - Hantu Bawah Tangga
(x.) - Hantu Kum-Kum
(y.) - Hantu Mati Dibunuh
(z.) - Hantu Kopek ( Tetek )
(zz) - Hantu Tengelong

MUKHANNATS ADALAH ANAK JIN ATAU SYAITAN
Ketahuilah, apabila seorang lelaki mencampuri isterinya ketika sedang haid, maka syaitan mendahuluinya. Ketika si isteri hamil dan melahirkan, maka yang lahir itu adalah al-mukhannats, iaitu anak-anak jin. Nuthfahnya akan rosak, bahkan boleh membuat si lelaki dan perempuan itu menderita penyakit. Sesungguhnya Allah s.w.t. melarang kita untuk mencampuri isteri-isteri kita yang sedang haid. Barangsiapa melakukan itu, dialah yang bertanggungjawab terhadap akibatnya, dan lebih dari itu dia pulalah yang akan menerima akibatnya jika dari hubungan tersebut lahir mukhannats. Rasanya, itu adalah balasan yang setimpal belaka.

9 ANAK-ANAK SYAITAN YANG LAINNYA
ZALITUUN : Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
WATHIIN : Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
A'AWAN : Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
HAFFAF : Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang berada di tempat-tempat maksiat ( i.e. disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras )
MURRAH : Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.
MASUUD : Duduk dibibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan segalaapa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.
DAASIM ( Berilah Salam sebelum masuk ke rumah ) : Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga. (suami-isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan perbagai bentuk kemusnahan rumahtangga).
WALAHAAN : Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwudhuk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.
LAKHUUS : Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api dan matahari.